Selasa, Mei 10, 2016

KENANAGAN LALU MENGUSIK KALBU

Tak sangka la hampir 20th terpisah akhirnya bersua kembali di alam maya. Dia pernah cuba menakkuki hati aku suatu masa dulu tapi aku abaikan kerna saat itu aku terlalu mentah untuk semuanya, bukan jual mahal tapi kerna aku sedar akan kekurangan diri maka aku diamkan je dari berkata iya atau tdr, rasanya cukup la beban yang aku tanggung dan pikul selama aku bergelar remaja usah di tambah lagi dengan ikatan yang akan merobek seribu rasa remajaku.
Maafkan aku seandainya kau terlalu mengharapkan sebuah jawapan yang terlalu lama terpaksa kau tunggu, bukan niatku menyiksa hati dan perasaan tapi seperti yang aku katakan aku ibarat melati desa yang serba kekurangan yang kembang di sangkar berduri mana mungkin untuk aku menberi dan menerima cinta kerana aku takut ada hati yang akan kecewa.
Bukan niat melukai perasaan sesiapa pun tapi kerana menyedari siapa aku maka semua cinta aku terpaksa buang jauh-jauh kerana terlalu berat beban yang terpaksa aku pikul lantaran sikap orang dewasa yang mementingkan diri sendiri ketika tu.

Tiada ulasan:

iklan