Jumaat, Mei 15, 2015

Aku, Dia Dan Kenangan

Suatu hari di musim semalam
Aku, dia dan kenangan
Memintal kemesraan menjadi
ranjang dan singgahsana
Mengait buih-biuh kemesraan menjadi
Hamparan di setiap kali lenaku
Menyulam manik2 rindu
Menjadi mimpi indah
Mencorak kasih menjadi
Warna2 kehidupan
Betapa alpanya kita
Dalam melayari bahtera kehiudpan ini
Dan sesekali tersedar
Kenangan semakin jauh
Meninggalkan daerah sepi dan
Yang tinggal kini
Hanyalah aku, dia dan kenangan
Yang akan sentiasa segar dalan
Lipatan sejarah dan tak mungkin
Padam selagi kita masih bernafas
Nukilan BieytaRohani

Tiada ulasan:

iklan