Khamis, Julai 26, 2012

AKU DILAYAN MACAM KUCING KURAP OLEH PEREMPUAN TU

Bulan lepas aku balik kampung niat hati nak jumpa ayah tersayang
coz dah rindu sangat nak lihat wajah ayah yang hampir setahun tak ku jumpa 
tapi alangkah sedihnya bila aku datang rumah ayah, perempuan tu ,usah nak pelawa
aku naik keluar pun tidak cuma adik tiri aku je yang keluar tu pun buat-buat cam tak kenal
aku je.....aku buat muka bodoh je tanya ayah ada ke tak coz aku lihat kereta ayah takde
...kata adik tiri ku ayah keluar hantar adik tiri lelaki pergi ke sekolah KAFA....

Aku tanya dia bila ayah balik,sedih jawapan yang aku terima katanya
ayah balik lambat so aku pun beredar tapi niat di hati ni masih lagi nak jumpa ayah
aku cuba call no phone ayah tp no tu telah di hentikan perkhidmatanya....sedih sangat coz tak 
dapat jumpa ayah.....ingat nak bagi duit skt untuk ayah buat belanja puasa,aku pun tak tahu 
kenapa perempuan tu jahat dan benci sangat dengan aku dan adik-adik padahal kalau balik
rumah ayah,aku keluar belanja sendiri sepanjang kat sana tak pernah mengharapkan perempuan tu
sediakan kami makanan..........nalah aku akan pastikan ayah dapat makan masakan 
yang enak-enak sepanjang aku kat sana..........

Dulu ayah pernah halau aku sebab perempuan tu tapi aku ni degil dan keras kepala
bila aku rindu kat ayah aku balik je rumah ayah lantak la kalau perempuan tu tak suka
lepas jumpa ayah aku blah la,aku bukan nak jumpa perempuan tu pun and  perempuan tu 
tak pernah pelawa aku bermalam kat rumah ayah tp aku buat bodoh je coz rumah tu aku yang 
tinggal kat sana dulu baru perempuan tu and rumah tu rumah ayah peduli apa aku  tapi kalau
balik dengan en hubby hairuddin shaari,dia tak benarkan aku melawan perempuan tu dan 
selalunya kami akan check in kat hotel......

Semalam aku call ayah coz aku dengar ayah masuk hospital tapi sugul je aku
dengar suara ayah bila aku tanya siapa yang jaga dia kat sana coz perempuan tu takde
pun jaga ayah.......aku geram sangat tapi apa yang mampu aku buat coz aku jauh dari ayah,
bila aku cerita pada adik lelaki aku,marah dia kat perempuan tu...ye la sekarang duit ayah dah habis
and harta ayah pun dah habis sebab  tu la aku rasa perempuan tu buat tak tau je ngan ayah,kalau dulu masa
duit ayah banyak pernah ayah masuk hospital dan adik perempuan aku nak jaga ayah tapi
perempuan tu tak bagi coz takut ayah bagi duit kat adiku tu.....pernah ayah bagi geran tanah
kat adik perempuanku tapi adik aku tak mahu coz tu hak ayah tapi sekarang semuanya dah
habis kena jual,tanah sawah,tanah kebun semuanya sebab perempuan tu.Dulu ayah pernah 
nak letakan aku sebagai pemegang amanah utk semua harta dia tapi aku tolak coz aku tak
nak nanti adik-adik aku salah sangka tapi kini semuanya lesap.

Sejak perempuan tu masuk dalam keluarga kami,ayah dah tak bertegur sapa dengan
semua saudara mara kami,ayah yang dulu tak pernah buat kerja-kerja rumah kini bagaikan
lembu yang di cuck hidung,mengikut je kata perempuan tu,pernah sekali aku datang rumah
ayah bulan puasa,hajat dihati nak berbuka puasa bersama ayah tp bila aku masuk ke dapur,
terkejut aku dengan keadaan dapur yang tak ubah bagai tong sampah....dengan muka sugul
ayah amsuk ke dapur....dari jauh aku dengar bunyi pingan mangkuk di cuci,bila aku ke dapur
rupanya ayah tengah memgemas dapur yang berselerak.....tak sanggup aku lihat 
coz air mata ni laju je mangalir, seumur hidup aku bersama ayah 22 tahun,aku tak pernah
lihat ayah buat kerja rumah,kini ayah bagaikan orang gaji kat rumah sendiri,perempuan tu 
masih lagi entah kemana.....

Pernah sekali aku buat kejutan balik untuk sambut raya tanpa bagi tahu ayah,tapi
bila aku tiba rumah ayah bertutup,puas aku panggil takde orang menyahut,lama juga aku keliling rumah
akhir ada kelibat orang buka pintu,rupanya ayah demam dan hanya tinggal sorang je kat rumah.
Tanpa buang masa aku menyediakan lauk untuk juadah berbuka and atas permintaan ayah,
aku masak ikan siakap stim dan siew pak choi masak sos tiram and bila waktu berbuka, .
perempuan tu tiba-tiba muncul dan cakap
ayah tak nak makan dan dari jauh aku dengar suara ayah cakap aku nak makan coz
anak aku yang masak...dengan muka bengang perempuan tu berlalu....aku apa lagi timbul
rasa busuk hati,tanpa buang masa kami dan ayah berbuka puasa petang tu 
dan aku tengok cukup berselera ayah makan and dek kerana busuk hati tu lah aku habiskan semua 
lauk pauk tersebut hingga licin biar padan muka perempuan tu,padan muka dia,dah la tak di pelawa
amik kau licin semua aku kerjakan.........en hubby pandang je aku tanpa kata apa-apa.
dan malamnya aku tengok perempuan tu makan nasi dengan budu je,padan muka dia.

Malamnya ayah minta aku masa mee goreng basah,so aku pun masak untuk ayah,oleh kerana
berbuka tadi aku dah busuk hati dan selepas solat maghrib hati pun dah bersih,aku pun
pelawa la perempuan tu makan,dia tolak pula,aku pun apa lagi habiskan semuanya sampai licin.
Seronok aku tengok ayah makan bertambah-tambah,berselera betul ayah malam tu walau pun
demam....and perempuan tu hanya masuk dapur untuk lihat sisa je,tu la lain kali jangan jual
mahal dengan BIEYTAHANNY,memang rugi besar.

Hari ni syukur pada allah ,tadi ayah mesej yang dia dah keluar hospital,mean ayah dah 
sihat la tu,alhamdulillah.Rindunya nak cium tangan tua ayah lagi.....rindunya nak lihat wajah
ayah yang sentiasa dihati walau pun di mana je aku berada....walau pun dia bukan ayah
idaman semua orang tapi aku bangga jadi anaknya cuma aku sedih kenapa takdir pisahkan
aku dari ayah hanya kerana perempuan tu?????

Tiada ulasan:

iklan