Jumaat, Februari 24, 2012

SURAT BUAT SANG BINTANG


Salam bintang yang cantik dipagari bulan nan sentiasa setia menemani
hari ni 31 Dec 2011 tepat jam 12.00am aku nak raikan hari yang penting
buat seseorang yang sangat aku sayang tapi saat itu juga aku ada tulis surat untuk dia
tapi aku mau surat ni kau si bintang cantik yang sampaikan buatnya...begini isi surat tersebut....

Assalamualaikum insan hebat yg telah berjaya buat aku jatuh cinta.....
bintang yang cantik tolong sampaikan padanya.....aku mohon maaf dari
hujung rambut hingga hujung kaki andai selama 13thn ni dia hidup bersama aku,
aku banyak mencampuri urusan hidupnya....

Bintang yang cantik bilang padanya:
Maaf jua aku pinta andai selama 13thn ini,aku selalu buat dia
susah dengar cara aku menegur kesalahan yang dia buat..

Bilang jua ye si bintang cantik....
aku mohon maaf yang tak terhingga andai segala kerisauan
aku selama ini buat dia terasa hati,bukan niat aku mencamppuri usrusan hidupnya
tapi kerna sayang maka itu ku lakukan...
kerna aku tak sanggup lihat dia kecewa setiap kali gagal dalam urusan hidupnya
Dan maaf jua andai setiap kata-kata yang aku ucapkan selama ini
telah banyak menguris hati dan perasaanya kerana aku sedar aku tak pernah
sempurna untuk sesiapa pun....

bilang jua....
Dan kerana sedar diri itulah aku relakan apa saja yang bakal dia
buat selepas ini tanpa ada aku lagi dalam urusan hidupnya...kerana aku
sedar selama 13th dia bersama aku,aku tak pernah buat sesuatu yang
bisa buat dia bahagia kerana aku tahu aku tak sempurna cuma aku nak dia tahu
yang aku cukup bahagia dan bertuah sangat ada dia dalam setiap nafas yang ku hembus
kerana bagi aku hanya dia yang aku ada dan dia adalah DUNIA aku sampai
AKHIR NYAWA ini walau pun aku tahu dia bukan milik aku selamaya
Aku cuma mahu dia tahu bahawa dalam dunia ni aku hanya ada dia seorang sebab
orang lain tak pernah sayang aku seperti dia sayang aku......

Sampaikan padanya ye si bintang cantik......
Aku mohon maaf kalau selama 13thn ini aku telah banyak menyusahkan
hidup dia dengan sikap aku yang sukar untuk di fahami.
Maaf andai kerisauan ini menyusahkan hidupnya
maaf andainya sayang ini menganggu urusan hidupnya
maaf andainya cinta buat dia terluka.......

Maaf andainya selama ini aku bukan insan idaman dia kerana
aku tahu aku memang tak sempurna tapi aku akan berusaha untuk jadi
yang terbaik cuma terimalah aku seadanya sebagaimana aku terima dirinya seadanya
dan jangan pernah sesekali minta aku untuk jadi orang lain kerana aku tak mungkin
jadi orang lain hanya untuk menjadi wanita idaman semua orang kerana saat dia
dia menerima aku...itulah aku seadanya....

Bintang sayang minta sama bayu bisikan ke telinga dia::

Aku mungkin bukan wanita idaman dia kerana aku tak pernah sempurna
tapi aku tahu aku mampu jadi yang TERBAIK andai dia terima aku seadanya
tanpa bandingkan @paksa aku jadi oarang lain kerana aku tak pernah paksa
dia untuk jadi orang lain........aku terima segala kekurangan dirinya seadanya....


Sang bayu bisik jua......
Aku mahu dia tahu bahawa :-
DALAM DUNIA NI AKU HANYA ADA DIA TAPI AKU TAK TAHU
APAKAH ADA AKU DALAM DUNIA JUGA???/DAN DI SUDUT MANA 
HADIRNYA AKU DALAM DUNIA DIA......MUNGKIN BAGI ORANG LAIN
DIA HANYA INSAN BIASA TAPI BAGI AKU DIA ADALAH DUNIA
YANG TELAH AKU HUNI DULU,KINI DAN HINGGA HUJUNG USIA

Tiada ulasan:

iklan