Rabu, Februari 01, 2012

RINDU YANG PERGI(bila nafsu menguasai diri,hilang segala pertimbangan akal tak berguna lagi)


Hidup ini sukar diramalkan. Terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuma dihampiri , namun semakin jauh ia pergi...

hari ni bieyhanny nak kongsikan satu cerita sedih yang benar-benar
tejadi tapi bukan dalam hidup bieyhanny tapi pada seorang insan
yang baik budi,sopan santun dan hormat sesama insan....
cerita ini terjadi lebih kurang 3 tahun yang lalu dan hingga kini
masih segar dalam lipatan sejarah kenangan bieyhanny......

Pada suatu petang yang sunyi dan suram bieyhanny pulang
dari kerja lebih kurang jam 5.30 petang,setibanya depan pintu rumah
bieyhanny sempat menoleh ke rumah no 3 di hadapan rumah bieyhanny.
Tercari-cari jiran bieyhanny yang merupakan cleaner di apartment yang 
bieyhanny tinggal coz kebiasaanya seminggu sekali bieyhanny
akan jumpa dia untuk bagi barang yang bieyhanny kumpul seperti botol,
tin dan kontena plastik untuk jiran bieyhanny coz dia kumpul semua
barang tu untuk jual tapi bieyhanny dah seminggu tak nampak dia
mungkin dia sibuk menguruskan kerja harianya kot.....

Tanpa syak wasangka bieyhanny masuk rumah untuk
meneruskan rutin harian sebagai wanita berkerja yang baru
pulang dari kerja......petang yang sunyi selepas siap solat asar,
bieyhanny ke yard untuk basuh kain dan masak.....tepat 7.30 bieyhanny
ke bilik untuk menunaikan solat magrib,setelah selesai solat,
bieyhanny sambut kerja yang tersisa...tapi tiba-tiba suara riuh
rendah kat luar rumah mengejutkan bieyhanny lantas bieyhanny
keluar untuk mengetahui (bukan untuk jadi busybody)apa yang terjadi
bieyhanny sempat menyapa seorang jiran (namaya tak perlu bieyhanny 
sebut coz takut jadi umpatan pula) untuk kepastian dan berita yang
bieyhanny terima amatlah seram dan menyedihkan jiran bieyhanny
yang rumah no 3 tu rupanya mati di bunuh....tanpa berlengah bieyhanny
 capai tangan boyfriend kecik bieyhanny dan terus ke tempat
kejadian...rasa terpanggil untuk mengetahui apa yang terjadi.

Setibanya bieyhanny di ruang tamu rumah tersebut,mata bieyhanny
terpaku pada sebuah novel RINDU YANG PERGI.....tiba-tiba runtung
hati bieyhanny dan hati kecil bieyhanny bermonolog sendiri...
patutlah rindu yang pergi rupanya dia dah tahu yang dia akan
 meninggalkan segala keperitan hidup lantaran berdagang di bumi
asing dan cinta yang diberi tuba yang di balas.....sedih hati bieyhanny
mengenangkan nasib yang terpaksa dia terima.......setelah ada
kekuatan bieyhanny melangkah masuk ke kamar di mana dia 
terbaring dan di wajahnya hanya terukir senyuman puas atas
berakhirnya segala penderitaan yang terpaksa dia tanggung selama ini.....

Sedih ada,marah ada,kesal pun ada kenapa semua
ini harus terjadi pada dia seorang yang lemah lembut,sopan santun
dan baik budi pekerti serta menghormati orang lain....pernah bieyhanny
terserempak dia di tangga setiap pagi semasa bieyhanny ingin ke 
tempat kerja,masa bieyhanny menuruni tangga dan dia naik tangga,
dia akan turun dan cakap silakan puan turun dulu! betapa dia menghormati
orang lain.......kenapa ada yang tergamak membunuh perempuan baik
sepertinya???????

Menurut suaminya ada orang pecah masuk rumah dan bunuh dia
tapi bieyhanny tak percaya coz pintu rumah takde tanda-tanda dipecah
masuk dan keadaan rumah tidak berselerak,andai betul bagai 
yang suaminya cakap mesti ada berlaku pergelutan melainkan
pembunuh adalah orang yang mengenali mangsa.....biarkan pihak
berwajib yang melakukan tugasan......dan akhirnya terbukti suaminya
orang yang paling disyaki.....

Menurut cerita dari jiran-jiran yang bieyhanny dengar punca
pergaduhan magsa dan suami adalah kerana mangsa mohon
untuk pulang ke negara asalnya coz mangsa terlalu penat dengan
keperitan yang terpaksa mangsa lalui setelah berkahwin...
(mangsa adalah warga indonesia,bieyhanny tak pasti PATI ke tak)
coz semasa suami mangsa di soal siasat tiada dokumen pengenalan yang di temui.
Menurut cerita dari jiran-jiran bieyhanny pada hari kejadian suami
mangsa pulang ke rumah jam 6 petang dan minta mangsa untuk
melakukan hubungan intim tapi mangsa menolak coz mangsa penat
setelah seharian melakukan kerja-kerja pembersihan sekitar kawasan
apartment bieyhanny tinggal(nama & alamat tak perlu bieyhanny tulis le)
kerana marah permintaanya di tolak maka si suami hilang pertimbangan
lalu menjerut mangsa dengan tudung yang mangsa pakai hingga mati.....
Betullah kata orang bila nafsu menguasai diri,hilang segala pertimbangan
dan akal tak berguna lagi......

Cukup dulu untuk entri kali ni ,nanti bieyhanny akan sambung lagi
nantikan apakah punca dan kejadian yang berlaku seterusnya.
apakah suami mangsa menerima hukuman yang setimpal atas segala
perbuatan yang di lakukan terhadap mangsa????

Nota penting:cerita ini fakta bukan auta semata coz berita pembunuhan
tersebut pernah keluar di harian metro pada tahun 2009.....






Tiada ulasan:

iklan