Selasa, Februari 14, 2012

MOOD RAJIN DAH MAI ROTI HENTAM JE LA


Salam uols..hari ni mood bieyhanny rajin sangat so kalau dah mood rajin
melanda maka akan terjadilah sesuatu yang di luar kemampuan akal
dan fikiran......bukan buat benda tak baik tau...choi..choi bieyhanny
maksudkan kemampuan akal tu buat Roti Kentang ni....sila perhatikan gambarajah
di bawah ini...cewah dah macam cikgu sains pula bieyhanny ni.....

Bieyhanny ni kalau mood rajin melanda serta di tambah kebosanan tahap
gaban gilos ni,apa lagi mula selongkar peti simpanan makanan keluarga bieyhanny
tengok kot-kot ada benda yang boleh di buat ekperimen so terjumpalah kentang
tepung,butter,telur memang sentiasa ada dalam fridge tu and yis(mouripan).
Dengan bertemankan si kucings sekeluarga bieyhanny mula operasi....
semuanya pengaruh tengok rancangan masakan kat BB life channel la....
selalu tengok the naked chef si jamie oliver tu masak roti senang+ cincai je
(naked chef: dia bukan masak sambil telanjang ye uols) memang gelaran dia coz
dia ni masak kira apa je yang boleh alah senang citer tukang masak tangkap 
muat je apa yang ada. menjadi dan sedap.

Mula-mula tu cuak juga dan hampir hilang keyakinan diri gak
coz first time ni nak buat roti,kalau tak jadi membazir bahan-bahan je
and nanti kalau en hubby dapat tau mesti kena gelak kow kow punya,
tapi tak cuba tak tau kan...takpe bieyhanny pertaruhkan jiawa dan raga
untuk menjayakan projek mega ni....cewah ayat dah cam nak menuju ke medan 
perang je.....alah kalau naked chef tu boleh buat,bieyhanny pun mesti boleh
kalau tak sesedap roti gadenia pun takpe janji jangan keras cam batu dah le.

dan jeng..jeng...jeng nilah hasilnya.....sedap siot.
bila en hubby balik dia cam tersenyum sinis je bila bieyhanny cakap 
hari ni bieyhanny buat roti and cakap kat dia lepas ni tak yah la lagi beli roti 
kat luar.....Senyum kambing lagi dia, apa ingat bieyhanny ni takde bakat
sebagai chef ke????see the hand la...

Ini doh yang baru siap di uli and bieyhanny guna tangan
uli doh ni coz nak yang handmade so no machine use lol...
doh ni kena rehatkan dalam 15 minit nak bagi dia naik the baru boleh
bentuk jadi roti hentam je la.....


Yang ni Filling@melayu cakap inti,inti ni bieyhanny pakai
kentang je coz hanya kentang je yang ada dalam stock bieyhanny
Kentang ni rebus pastu lenyek cam nak buat kentang putar tu cuma
tambah gula+butter je.....siyes sedap filing ni,kalau tak nak buat inti
roti boleh buat krim sapu kat roti pun sodap gak.... 



Gabungan 2 bahan nilah maka terhasilnya Roti hentam je lah
bieyhanny ......walau pun buruk di mata tapi sedap di tekak


Setelah di bentukan and ni lah hasilnya
bulat-bulat kebabom kan roti bieyhanny ni....
kalau uols nak buat benda lain pun boleh contoh bentuk kucing ke,kura-kura ke?
tapi jangan buat bentuk binatang yang haram dah le(haip apa binatang tu??)
 nanti haram pula nak makanya...


Setelah di sapu telur kuning dan ditabur kacang coz
bieyhanny takde olive oil cam naked chef tu guna.
Fungsi kuning telur ni nak bagi naik seri le, roti pun nak kena make up
juga ingat perempuan je ke kena make up......kalau rupa buruk make up
sikit adalah yang berkenan samalah ngan makanan kalau rasa kurang enak tu
kalau di make up sikit boleh le jamu mata....walau pun bila makan telan pelan-pelan je
(biasanya kalau makanan tak sedap tapi garnishing cantik saiko diri tu makan
juga coz kesian tengok makan yang cantik tu maka kuis-kuis and telan pelan-pelan
sampai habis)


Akhirnya yeah ready to the oven.....
bakar selama 15 minit.


at least but not last...tadaaaaaaaaaaa  nilah hasilnya


Dah selamat pun roti ni di booking oleh anak-anak bieyhanny
untuk di bawa ke sekolah.....en hubby apa lagi makan sampai
2 ketul roti yang kebabom ni,tak padan tadi senyum sinis bagai kat bieyhanny
tapi bila bab makan tak hengat sapa yang buat.

P/s: untuk en hubby lain kali don"t judge a cook from it look
le taste dulu baru complain.
Resepi roti hentam je la tu nanti bieyhanny hapdate dalam
dapur bieyhanny ye!!!!! senang je uols pun boleh buat punya

2 ulasan:

saya_arief berkata...

nampak sedapp.
:)

Cik Puan Merah Bieytahanny Manthorntee berkata...

@saya_arif: TQ dik....tapi boleh la
coz dah nama pun roti hentam je la,
taste dia tak la setanding roti Gardenia tapi
Kalah le roti Bangali tu!!!!!

iklan