Selasa, September 06, 2011

OUR FAMILY FEVRET DISH.....PATIN MASAK TEMPOYAK.....VERY MARVELES




Balik kampung perak hari tu aku jumpa buah ni
eh sorry...assalamualaikum lupa lak nak bagi salam..hehehe
Ni antara buah exotic yang dah jarang kita jumpa so bila balik sana
jumpa pula buah ni.....apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatanglah
cewah dah macam karam sigh walia pula aku ni...hehehe
ni buah kecupu@cerupu buah ni rupa dia cam buah pisang kaki
tapi rasa dia masam-masam manis dan rasa dia memang sukar aku nak
gambarkan so kalau nak tau kenalah rasa sendiri.....

korang tau tak buah apa ni?????
Hanya orang kampung cam aku je yg kenal buah ni
kalau budak bandar haram di kenalnya....
mau diingatnya buah pisang kaki ni...hehehe
aku memang asli dari kampung tengoklah
tumbuk cili pun masih lagi pakai lesung batu
oarang lain semua maybe dah guna kemudahan asas
yang moden ....alah senang cerita guna blender le
Actually bukan aku yang tumbuk sebenarnya
en hubby coz aku tak leh tumbuk cili nanti tangan jadi
gatal-gatal sampai sehari suntuk.....aku pun pelik tapi
kalau tumbuk bawang takpe.....
petang tu aku sembang ngan mak mertua.....citer pasal ikan ni la
alah ikan belida ni......
Petang tu dapat gak aku cari ikan ni masak tempoyak
coz en hubby tak pernah merasa makan ikan ni...
orang bandor le katakan....lainlah cam aku ni orang kampung
apa orang putih kata nature poeple...hehehe
Yang ni kacang peas malaysia tau...
alah mesti korang tak tau punya.....ni lah buah terung pipt
tapi bukan kepunyaan burung pipit tau nama je sama coz
buah terung ni kecil-kecil comel je....sama cam burung pipit juga
kecil dan comel...betul ke burung pipt tu kecil????entahlah
aku pun tak tau hehehe

Aku ni kalau masak tempoyak memang suka
campur adukan apa je sayur yang aku suka
Satu periuk kau...aku masak tapi don't worry 
mesti habis punya coz kami sekeluarga ni memang citarasa
orang kampung...so kalau masak lauk kampung ni 
memang takkan membazirlah....
Berasap dah cam rancangan misteri nusantara dah ni...
hehehe tapi ni bukan asap buatan ye kengkawan....
Kacau-kacau sikit dah nak masak ni .....okay semua
stand by jap lagi masa untuk santap sambil melantak
masak tempoyak ni.....

dah siap ku hidang...sorry ye timun tu tak sempat nak potong
coz semuanya dah kebulur tahap gaban ni......hehehe
Tadaaaaa hasilnya ikan belida masak tempoyak aku
mesti dah meleleh air liur korang kan tengok????
tapi sorry lah ye aku tak dapat nak ajak korang makan coz
takut tak cukup...hehehe
Separuhnya aku goreng coz en hubby nak rasa
aku dah biasa makan.....maklumlah aku kan suka makan
makanan yang pelik & exotic ni....

Tiada ulasan:

iklan