Rabu, September 14, 2011

MARI MENGENAL BUAH-BUAHAN EKZOTIK TEMPATAN BAHAGIAN 1

 SALAM bloggers semua hari ni kita nak bercerita tentang
buah-buahan ekzotik tempatan yang terdapat di Negara Kita
yang indah dan permai ni...... kita mulakan dengan buah di bawah
menurut cerita orang tua-tua buah Binjai dalam bahasa melayu
nama saintifik dia aku tak tau coz tak sempat nak tanya en.google
kalau tanam kena tunggu 3 generasi baru boleh merasa makan buah ni
coz pokoknya ambil masa yang lama untuk membesar dan berbuah
betul ke tidak,tidak dapat di pastikan coz pokoknya pun aku tak 
pernah tengok........tapi rasa dia memang sedap masam-masam
manis lemak,kelat dan susah nak di gambarkan
kalau korang nak rasa cari kat pasar malam@ pasar tadi still ada
orang jual cuma susah nak dapat je
 LIHAT GAMBAR DI BAWAH
 Yang ni pula buah cermai...alah yang ni biasa korang
makan kalau korang pengemar jeruk coz buah ni memang sedap
kalau di jeruk....tapi kalau dapat yang freash lagi sedap
tumbuk pastu letak gula,garam,cili,belacan & kicap
SILA RUJUK GAMBAR DI BAWAH
 Yang ni buah kerian...buah yang tersangatlah ekzotiknya
coz hanya terdapat di kampung yang mempunyai sawah
dan hutan je...coz pokoknya tumbuh tinggi dan besar
rasa dia kelat-kelat manis tapi sedap....buah ni memang sukar
nak dapat coz takde di jual di pasar malam@pasar tani
SILA RUJUK GAMBAR DI BAWAH
  Yang ni pula buah sagu@ rumbia...alah yang daunya
orang buat atap rumah pada zaman tok kalo dong tu
and yang ulat dalam batang sagu yang dah reput merupakan
salah satu makanan ekzotik penduduk pribumi sabah&sarawak
rasa buah ni kelat & kalau nak hilangkan rasa kelat tu kena
tanam dalam tanah dalam sawah yang berair
SILA RUJUK GAMBAR DI BAWAH

Sorong papan tarik papan
BUAH KERANJI dalam perahu....korang sambung
je la rangkap seterusnya coz aku bukan cerita pasal 
pantun empat kerat tapi pasal buah dibawah ...buah ni namanya buah keranji
walau rupanya hitam dan buruk tapi rasanya manis dan sedap
buah keranji ni merupakan buah hutan dan hanya di dapati di Negeri 
Kelantan je kalau aku tak silap coz sepanjang aku hidup ni
aku hanya merasa makan buah ni di Negeriku Cik siti Wan Kembang je
(cewah promot Negeriku gitu)
SILA RUJUK GAMBAR DI BAWAH
 Yang ni buah ulat bulu...rasa dia masam manis
dan aku di beritahu pucuknya amat enak dibuat masak lemak
alangkah bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia ni coz 
bermacam-macam buah pun ada....so janganlah kita kacau bilaukan negara
kita yang indah permai ni.......I LOVE MALAYSIA VERY MUCH
AND I AM SO PROUD TO BE MALAYSIAN
even my late mother was Thalaind....
SILA RUJUK GAMBAR DI BAWAH.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry coz banyak lagi buah
buahan ekzotik tempatan yang kalau di lupakan akan
di mamah usia maka akan terus lenyap dari muka bumi ni......
Waila likok....jumpa lagi...ley che kan

Tiada ulasan:

iklan