Rabu, September 14, 2011

KERANA SELERA BADAN BINASA...

 sAlAM sEMUA bloggers....untuk entry kali ni aku saja buat
tajuk gempak sikit bukan apa cuma nak bagi suspen je
ceritanya begini ...last week aku ada la beli ikan ni...sila rujuk gambar di atas
ikan ni memang sangat sedap di makan tapi cukup susah untuk di masak
so mula-mula kenalah siang ikan ni dulu coz masa
beli kat kampung kemboja tu si minah kemboja tu malas lak
nak siang so aku terpaksalah buat.....

Tang siang ikan talapia ni lah yang buat aku lemah coz
kat sirip dia ada sengat yang cam duri,silap haribulan
mau rabak tangan dan jari dibuatnya....dan itulah kaitanya
ngan tajuk di atas kerana selera badan binasa.

Aku ni kalau bab-bab siang ikan sungai @ darat memang pakar
walau pun ikan masih hidup cuma dengan talapia ni memang
aku surrender....walau pun ikan tu dah innalillah pun mesti tercedera
kerananya...mesti ada jari yang tercucuk duri@sengat
tak pun jari-jari aku luka dek siripnya yang tajam.

Tapi dalam kesakitan yang terlampau tu
(ayat dah cam kat medan perang je) tetap ku sudahkan jua
dan akhirnya ikan tali telah aku kekah sekeluarga......
hahahaha(gelak Jahat) rasakan kau masuk peruk aku....

Ni lah mangsa yang telah selamat masuk ke perut aku....
walau pun kerana selera badan binasa tapi aku rela coz
ibarat kata berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian.....
lepas sakit jari tangan tapi perut dan tekak yang kenyang.....

Tiada ulasan:

iklan