Sabtu, September 17, 2011

HIKAYAT SI BELANGA MERAH 3 BERADIK..

Maka tersebut alkisah di dalam sebuah negeri yang bernama
negeri si naga merah berkepala 7...tinggallah seorang puteri raja
yang bernama si merah b yang sangat buruk lagi
hodoh rupa,maka dek kerana kecomotannya maka 
si merah yang comot lagi degil
telah di buang ke sebuah tempat yang sangat jauh dan terpencil
yang hanya di diami oleh sang monyet dan sang kongkang
yang di beri nama pulau kejadah si buruk rupa
maka dalam keadaan yang berhiba itu 
maka si  merah bieyhanny yang comot  lagi degil 
di khabarkan oleh sekalian penduduk negeri si naga merah
berkepala 7 tu...tersangatlah taksubnya terhadap benda merah

Setelah genap 3 purnama si merah  yang comot 
lagi degil di buag ke pulau sang monyet & sang kongkang
maka hidup bersamalah mereka bertiga sebagai sebuah famili yang 
bahagia....tapi di sangkakan panas sampai ke petang
tapi tanpa di sangka (ye la kuasa allah sapa tau) tiba-tiba
cuaca bertukat menjadi gelap,langit mendung meliputan
seluruh pulau kejadah si buruk rupa,ribut taufan yang melanda
lalu hujan turun dengan lebatnya maka banjir besar pun terjadi

Dalam berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian
(bukan peribahasa bagi semangat)
ini betul-betul terjadi kepada sahabat yang buruk rupa
bertiga tersebut.....malangnya arus air yang deras telah
memisahkan ketiga-tiga mereka maka terpisahlah
mengikut arus air yang mengalir entah kemana...

keesokan harinya maka tersedarlah si buruk rupa 
yang comot lagi degil di sebuah pulau yang sangat indah
yang entah di mana destinasinya tidak di ketahui
maka berkerumunlah sekelian penduduk pulau tersebut
kerana terkejut melihat seorang manusia yang sangat buruk rupa
lagi comot.....kerana di ceritakan di hikayat yang lalu
(entah apa tajuknya penulis tak tahu..hehehe)
bahawa pulau tersebut bernama pulau cantik seisi alam

maka dikisahkan kerana terlalu malu & merasa rendah diri
(actually dengki....hehehe)
dengan kecantikan & kehenseman penduduk pulau
cantik seisi alam maka berlari anak tanpa membawa anak
coz di khabarkan dalam hikayat tersebut tidak di ketahui statusnya
kesebuah perigi untuk terjun ke dalam kerana terlalu malu 
dengan paras rupanya....

Tiba-tiba muncul ibu peri untuk menolong si merah  
yang sangat comot lagi degil itu....dengan suara lemah gemalai
berkata si ibu peri....wahai anaku apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahirkan,membesarkan..eh silap tu lagu aisyah
wahai anakku kerna cuba terjun ke perigi buta ni???
kenapa di panggil perigi buta...oh maybe perigi memang takde
mata kot!!!!dalam nada sebuk & sedih maka berkatalah
si buruk pura...hamba malu dengan semua orang lantaran
rupa hamba yang buruk & comot ni...huhuhu sambil terkeluar
air hingus meleleh....hish memang comot betul...

Maka berkatalah si ibu peri...kemari anaku
akan ku tukar dirimu menjadi cantik dan jelita yang 
tempatmu hanya di istana......maka berkumat-kumitlah mulut
si ibu peri membaca mentera .....setelah selesai menbaca mentera
maka berkatalah si ibu peri bertukarlah menjadi si cantik 
rupa yang bersih lagi suci....tiba-tiba si buruk rupa telah bertukar 
kepada sebuah belangan merah yang telah pecah penutupnya
maka terkejut beruklah si ibu peri kerana magik & menteranya 
tidak menjadi......setelah mengigati semula menteranya maka
ketawalah si ibu peri rupanya mentera yang di bacanya adalah
mentera sumpahan si ibu kepada  anaknya yang derhaka supaya
menjadi belanga merah yang telah pecah penutupnya 
kerana di fahamkan keadaan mereka yang miskin dan ketiadaan
periuk belanga makan si ibu meminta si ibu peri sumpah anakya
menjadi belanga merah ,oleh kerana kawasan si ibu peri
bertemu si merah yang buruk rupa lagi comot yang degil bukan 
kawasan wilayah celcom dan line tak berapa clear mak si ibu peri telah 
mencopy & paste saja menteranya.........kerana rasa bersalah
yang teramat sangat maka si ibu peri telah menukar dirinya
menjadi 2 biji belanga merah kecil .........maka bersatulah mereka
menjadi si belanga merah 3 beradik....

Setelah berkurun lama masa berlalu di fahamkan belanga merah
3 beradik kini di temui di rumah Bieyhanny si merah yang comot 
lagi degil......menurut sumber yang tak di ketahui kesahihanya
belanga 3 beradik tersebut telah di temu oleh seorang saudara
perancis yang bernama Giacomo yang merupakan
pemilik sebuah kilang pengeluarn pinggan mangkuk & periuk
belanga yang amat terkenal dan dikhabarkan juga beliau telah
mengeluarkan katalog untuk menjual belanga merah 3 beradik
dan di khabarkan juga asalnya si Giacomo telah membuat penutup
periuk untuk si belanga merah yang besar.......

setelah kajian di jalankan maka kami mendapati belanga merah
3 beradik tersebut di milili oleh Si merah 
bieyhanny yang comot lagil degil dan di khabarkan juga sejarah
telah berulang lagi kerana si belanga merah yang besar telah
pecah penutupnya sekali lagi......

 Inilah rupa belanga tua yang telah pecah penutupnya
 di khabarkan si merah bieyhanny yang comot lagi degil
telah membeli dari en Giacomo dari karalog edisi 2009 kerana
si merah bieyhanny yang comot algi degil adalah pengemar
barangan berwarna merah 
 di khabarkan juga punca penutup si belanga merah 
3 beradik pecah penutupnya adalah di jatuhkan oleh
si raksasa kecil bernama tsotso....
 Apakah nasib si belanga merah 3 beradik itu tidak dapat
di pastikan kerana pemiliknya enggan di temuramah
kerana takut jadi femes....
 inilah rupa berdua beradik si belanga merah tersebut
DIKHABARKAN JUGA SI BELANGA MERAH 3 BERADIK
TERSEBUT AMAT DI SAYANGI OLEH PEMILIKNYA
DAN MEREKA 3 BERADIK LIVE HAPPILY EVER AFTER.....

MAKA TAMATLAH KISAH HIKAYAT SI BELANGA MERAH
3 BERADIK.....

P/S:Moral of the story bila kebosanan melanda bieyhanny
maka idea mengarut pun datang mencurah-curahlah dan terciptalah
cerita HIKAYAT SI BELANGA MERAH 3 BERADIK......
 SELAMAT MEMBACA....HEHEHE peace no War
with love Bieyhanny

2 ulasan:

Bluewendy berkata...

uhh! kesian.. hilang satu beradik..=.='

Bieyhanny Si Comot Yang Degil berkata...

@Bluewndy,yang sulung tu dah byk berjaya untuk bieyhanny....cuma penutupnya je la yg pecah tapi masih boleh guna lagi....semuanya sebab raksasa kecil tu la...kalau tak tak hilang satu beradik tu...huhuhu kesian kan :(

iklan