Ahad, September 25, 2011

KALAULAH TAKDIR TU MILIK BIEYHANNY

Berita tentang pengeboman yang berlaku
kat Naratiwath & Golok baru-baru ni 
hati bieyhanny sedih je coz dulu bieyhanny pernah
membesar kat kawasan berdekatan ngan Golok tu.
Nasib baiklah keluarga datuk yang telah mengislamkan arwah
mummy bieyhanny semuanya dah berpindah ke Malaysia
cuma kadang-kadang tu bieyhanny jadi terdetik apalah nasib
kawan-kawan serta jiran-jiran sekitar rumah lama
arwah atuk tu kan????mesti dorang hidup dalam ketakutan
sepanjang masa?????

Bieyhanny rindu sangat suasana ketika bieyhanny
masih kecil semasa bieyhanny tinggal kat sana,
arwah atuk bieyhanny merupakan iman di kawasan sana
so setiap pagi selepas solat subuh arwah atuk suka
berjalan kaki sekitar kampung sambil berzikir dan orang
yang selalu ikut arwah atuk adalah bieyhanny
kadang tu bila teringat waktu tu hati bieyhanny sayu
dan pedih.....suatu waktu dahulu desa tu cukup
sinonim dengar kehadiran bieyhanny dan semua orang
kat desa tu kenal dengan bieyhanny tapi desa tu dah lama
bieyhanny tinggalkan coz semua keluarga arwah atuk
dah berpindah ke Malaysia cuma kadang2 tu bieyhanny
rindu sangat dengan bau udara pagi di desa tu...kalaulah
bieyhanny boleh undur masa bieyhanny nak kembali 
ke masa tu ,masa di mana penduduk di desa sana tu
hidup aman damai...bieyhanny rindu dengan kenangan 
sewaktu bersama arwah atuk kat  desa Thailand tu.

Kalau keluarga betul arwah mummy, Bieyhanny tak risau
coz daerah yang dorang tinggal tu jauh dari kegiatan
pengeboman,lagi pula dorang semua orang yang
berkedudukan so dorang bebas dari ancaman bom....
kadang bieyhanny pun rindu juga ngan dorang 
and bieyhanny selalu gak fikir kenapalah takdir 
jadikan keluarga bieyhanny ni berlainan agama???
kan ke best kalau semua keluarga bieyhanny kat Thailand tu
semuanya beragama islam so senanglah bieyhanny boleh ajak
dorang semua menetap di Malaysia....bila fikir nasib 
mereka selepas mati kadang bieyhanny jadi sedih
lepas mati semua keluarga bieyhanny kat sana tu akan masuk 
neraka & jadi kayu api....sedih dan sayunya hati bieyhanny
airmata selalu je mengalir laju....bieyhanny selalu berdoa 
agar semua keluarga bieyhanny kat sana di bukakan 
pintu hati untuk memeluk agama yang bieyhanny anuti
agama yang cukup indah dan sempurna iaitu islam.

Bila teringat nasib Makcik2 bieyhanny yang baik hati
dan sayangkan bieyhanny,sekali lagi bieyhanny akan
menangis.....ya allah alangkah bagus dan bertuahnya
kalau mereka semua tu menganuti agama yang bieyhanny
anuti.......kerana mereka adalah orang2 yang baik dan
alim dalam agama budha,kan ke bagus kalau mereka
jadi orang2 yang sebegitu di dalam agama yang 
Bieyhanny anuti.......

Ya allah ya tuhanku kau bukakanlah
hati-hati semua keluarga Bieyhanny yang beragama
lain supaya menganuti agama yang sama seperti agama bieyhanny
agar nanti kelak di sana Bieyhanny bisa hidup bersama
mereka...amin ya rabba alamin......

Tiada ulasan:

iklan