Isnin, Januari 31, 2011

Pasir mas Kilang jelitawan-metro ahad


SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai 
mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu
 oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan
 untuk dijadikan calon isteri.Malah, tidak keterlaluan
 jika gadis Pasir Mas yang terkenal 
dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah 
keayuan yang asli itu dianggap sama 
seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.


Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai 
pemuda terbayangkan 
seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah 
ayu dan jelita, sama seperti
 gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu 
yang mampu menggoda
 lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, 
terutama di tangan, kelihatan
lembut dan gebu seperti bayi.
 Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai
 kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai 
dibuka oleh Che Leh 
@ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya 
di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan
 untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan 
desakan perpindahan itu, 
Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa 
akur dengan titah Sultan 
kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, 
berkata Che Leh bersama keluarga
 berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka
 penempatan baru yang 
kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya
 di kawasan itu kerana ia terletak 
berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain 
memudahkan beliau dan keluarga 
melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar
 berhijrah ke kawasan 
terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam 
sekelip mata selepas Che Leh 
mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau,
 pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok 
datang mengajar agama 
di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya 
sebaik selesai mengajar 
beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, 
tiba-tiba muncul tiga biji 
mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian 
dikatakan berpusing-pusing
 membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, 
menyebabkan mereka yang
 melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan
 yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan b
eberapa longgokan pasir sehingga 
membentuk padang luas, menyebabkan kawasan
 terbabit digelar Pasir Mas, 
hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan 
perdagangan terkenal
 di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan
 kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan.
 kapal dansampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan,
 antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir,
 Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.
 Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas.
Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna 
coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata 
dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai 
hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong
 yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas
 diwarisi daripada nenek moyang
 mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah
 ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras 
pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan 
beras bagi mengekalkan ketegangan kulit 
supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato 
setiap pagi serta meminum
 air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana 
mempunyai ramai gadiscantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, 
Kampung Betong, Kampung Aur Duri,
 Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, 
sejak dulu lagi dia dan dua
 kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan
 penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap
 kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” kata

Pasir Mas, KelantaN
Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur
 dan jajahan Tumpat di sebelah utara
Mempunyai keluasan 57,800 hektar
Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)


P/S:fakta@auta hanya allah saja yang tahu

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Tiada ulasan:

iklan